Sunday, February 8, 2009

Sedikit Luahan

8/02/09

Apa nak tulis ya? Idea banyak tapi tak tau mana nak mula dulu. Tu la..bukak blog ni pun bila dah tak ada benda lain nak buat dan bila nak cari inspirasi untuk dijadikan kekuatan semangat..tambah pula bukannya pandai sangat nak bercerita nih!

I'm suppose to do the 3rd chemo last Thursday, tapi terpaksa postpone. Tak tau la pasal apa badan asyik lemah je..sakit badan, sakit kepala, selsema, macam-macam rasalah..bila dah macam ni, emosi pun tak berapa bagus...mudah terasa, so, doktor tak kasi buat dulu.

Memang betul kata Kak Raden kadang-kadang dalam kita bertahan pasti datang juga bisikan dan gangguan untuk menggugat iman. Itulah yang aku rasakan dalam sehari dua ni.. Mulalah dok pikir, boleh survive ke aku ni? Berapa lama lagi aku boleh hidup? Suami sanggup lagi ke nak jaga aku? Astaghfirullah! Apa pasallah yang nak fikir benda-benda ni semua..

Memang syaitan ni tak boleh tengok manusia senang dan tenang, pasti di a datang kacau..macam-macamlah yang dia hasut dan bisikkan. Tak boleh jadi ni..kena halau dia pi jauh-jauh..
Baca quran, zikir dan berdoa pada Allah...kena lawan juga jangan sampai dia pengaruh perasaan kita..

Menatap paparan dari Kak Raden, terasa bertambah semangat..malu pada diri sendiri pun ada. Penderitaan yang saya rasakan sebenarnya tak lah seteruk apa yang mungkin Kak Raden dan setengah rakan-rakan lain hadapi...syukur ke hadrat Allah yang telah menemukan saya dengan blog ini..its helped me a a lot!

Walaupun saya juga adalah stage 2 breast cancer, tapi Alhamdulillah saya masih lagi bebas ke sana-sini dan buat apa saja aktiviti-aktiviti yang digemari..Allah masih bagi kekuatan dan peluang yang banyak untuk menjalani kehidupan ini..jadi, selagi hayat dikandung badan, saya harus menfaatkan kehidupan ini untuk melakukan kebaikan..Buang jauh-jauh segala perasaan negatif!

9/09/09

Alhamdulillah, hari ini perasaan bertambah tenang sedikit..Memang betul bila kita dalam kesusahan ni ( dan apa jua keadaan) yang kita perlukan ialah banyak-banyak ingat pada Allah..berdoalah padaNya, InsyaAllah dimakbulkan. Perbanyakkanlah amalan-amalan sunat - berwirid, berzikir, berdoa, berbuat baik dan macam-macam lagilah..dan..perbaikilah amalan-amalan yang memang wajib kita lakukan.

Baru-baru ni, saya ada mengikuti Seminar Ruh As Solah oleh Dato' Hj.Mohd Khalid di Hotel De Palma. Bila dah ikut program-program macam ni, baru tau sedikitnya ilmu yang kita ada..bab solat saja pun masih banyak kesilapan-kesilapan yang kita lakukan...pasal nak pasang niat solatpun masih ada diantara kita yang kurang faham..Bila wudhu kita tak sempurnapun macam mana solat kita nak sempurna. Kalau solat tak sempurna, macam mana Allah nak terima amalan kita..Ya Allah..takutnya! Sebab itulah juga mungkin kita rasa tak ada ketenangan dalam diri (mungkin itulah berlaku pada diri ini) Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahanku...

Monday, January 26, 2009

Ambil angin


2 hari, Ahad & Isnin pegi Fraser Hill. Saja-saja pegi sana untuk sedut udara yang bersih lagi segar. Wow bestnya! Walaupun kat sana tak de lah macam Genting atau Cameron, kat sini mengekalkan keadaan semula jadinya. Tak ada tempat permainan, tak ada orang tanam sayur atau apa-apapun yang mencemarkan alam sekitar..
Subhanallah..Allah ciptakan alam ini cukup indah dan sempurna..kalau macam ni punya cantik pemandangan kat dunia ni, kat syurga nanti tak tau lah macam mana indahnya kan...

Friday, January 23, 2009

Lega sedikit

Semalam pegi jumpa Dr.Bahari sebagai follow-up check-up. Best dapat sembang-sembang dengan dia..dia ni memang 'fatherly'. Susah hati macam manapun, bila 'dengak' cerita dia hilang semuanya. Berat badan turun 2kg dari 3 minggu sudah. Dia kata jangan dok pantang sangat. Apa-apa yang teragak nak makan dan boleh mendatangkan selera makanlah, asalkan tak berlebih-lebih..apa lagi, habis je jumpa dia, terus ajak hubby gi makan nasi 'mandi' kat Lebanon Restoran'..share 1 pinggan besar nasi lauk ayam dengan hubby..burrp...Alhamdulillah!

Wednesday, January 21, 2009

Setelah hampir 1 bulan berperang dengan perasaan, akhirnya aku telah dipertemukan dengan ruangan ini . Sekurang-kurangnya taklah terasa yang seolah-olah aku seorang yang mengalami penderitaan ini. Thanks so much Tunku..yang telah mencadangkan supaya aku dapat berkongsi pengalaman dengan insan-insan yang senasib denganku..