Monday, January 26, 2009

Ambil angin


2 hari, Ahad & Isnin pegi Fraser Hill. Saja-saja pegi sana untuk sedut udara yang bersih lagi segar. Wow bestnya! Walaupun kat sana tak de lah macam Genting atau Cameron, kat sini mengekalkan keadaan semula jadinya. Tak ada tempat permainan, tak ada orang tanam sayur atau apa-apapun yang mencemarkan alam sekitar..
Subhanallah..Allah ciptakan alam ini cukup indah dan sempurna..kalau macam ni punya cantik pemandangan kat dunia ni, kat syurga nanti tak tau lah macam mana indahnya kan...

Friday, January 23, 2009

Lega sedikit

Semalam pegi jumpa Dr.Bahari sebagai follow-up check-up. Best dapat sembang-sembang dengan dia..dia ni memang 'fatherly'. Susah hati macam manapun, bila 'dengak' cerita dia hilang semuanya. Berat badan turun 2kg dari 3 minggu sudah. Dia kata jangan dok pantang sangat. Apa-apa yang teragak nak makan dan boleh mendatangkan selera makanlah, asalkan tak berlebih-lebih..apa lagi, habis je jumpa dia, terus ajak hubby gi makan nasi 'mandi' kat Lebanon Restoran'..share 1 pinggan besar nasi lauk ayam dengan hubby..burrp...Alhamdulillah!

Wednesday, January 21, 2009

Setelah hampir 1 bulan berperang dengan perasaan, akhirnya aku telah dipertemukan dengan ruangan ini . Sekurang-kurangnya taklah terasa yang seolah-olah aku seorang yang mengalami penderitaan ini. Thanks so much Tunku..yang telah mencadangkan supaya aku dapat berkongsi pengalaman dengan insan-insan yang senasib denganku..